Penyaman udara bukan sahaja bertindak sebagai pendingin. Ia juga akan memberi keselesaan dengan mengatur suhu sekeliling, tahap kelembapan,kandungan oksigen dan mewujudkan kandungan udara yang segar dari bahan-bahan tercemar. Servis berjadual dan penyelenggaraan berterusan perlu dilakukan oleh penyedia perkhidmatan yang terlatih bagi:-
PENYAMAN UDARA DOMESTIK
Tuesday, 1 November 2011
SISTEM PENYAMAN UDARA DAN PENYENGGARAANNYA
KITARAN ASAS YANG TERDAPAT DALAM SISTEM PENYAMAN UDARA DAN PENYEJUKAN.
KOMPONEN DALAM KITAR PENYEJUKAN ASAS
Di dalam kitar penyejukan asas, terdapat beberapa komponen- komponen asas. Antaranya ialah:
Di dalam kitar penyejukan asas, terdapat beberapa komponen- komponen asas. Antaranya ialah:
a. Pemampat
- Pemampat merupakan komponen yang terpenting dalam kitar penyejukan. Digunakan untuk proses mampatan haba dan bahan pendingin kepada tekanan tinggi.
- Terdapat empat jenis atau kelas pemampat yang digunakan pada masa kini:
- Pemampat salingan
- Pemampat putar
- Pemampat empar
- Pemampat skru
b. Penyejat
- Satu komponen dalam sistem penyejukan dan penyamanan udara yang digunakan untuk proses penyerapan haba dan menghasilkan kesejukan pada ruang atau bilik. Terdapat nama-nama lain bagi penyejat iaitu gelung penyejuk, unit penyejuk, gelung pembeku dan penyejuk cecair.
- Terdapat 2 jenis penyejat:
- Penyejat jenis pengembangan kering
- Penyejat jenis banjir
c. Pemeluwap
- Pemeluwap merupakan komponen pembuangan haba yang diserap di dalam penyejat dan dimampatkan di dalam pemampat. Haba disingkirkan ke dalam satu medium di luar system penyejukan atau penyamanan udara. Dengan penyingkiran haba, wap bahan pendingin, wap bahan pendingin yang panas akan bertukar kepada cecair panas.
- Terdapat 3 jenis pemeluwap yang biasa digunakan:
- Pemeluwap dingin-udara
- Pemeluwap dingin-air
- Pemeluwap bersejat
d. Injap pengembang atau peranti permeteran
- Komponen ini digunakan untuk mengawal kadar aliran bahan pendingin dalam kitar penyejukan. Bahan pendingin dalam keadaan cecair bertekanan tinggi perlu dikurangkan tekanannya agar kuantiti sebenar operasi pada takat maksimum keupayaan sistem dapat dicapai tanpa beban berlebihan di dalam pemampat.
- Terdapat enam jenis peranti permeteran:
- Injap pengembang thermostat
- Injap pengembang automatik
- Tiub rerambut
- Injap apung bahagian rendah
- Injap apung bahagian tinggi
- Injap tangan
e. Tangki simpanan atau penerima
- Digunakan sebagai tempat penyimpanan sementara bahan pendingin sebelum mengalir masuk ke dalam injap pengembang.
BAHAN PENDINGIN
BAHAN PENDINGIN
Bahan pendingin digunakan dalam sistem penyejukan dan penyamanan udara sebagai penyerap haba di dalam penyejat dan menyingkirkan haba tersebut di dalam pemeluwap. Di dalam penyejat, bahan pendingin bertukar bentuk daripada cecair sejuk kepada gas sejuk dalam keadaan tekanan rendah. Di dalam pemeluwap pula, setelah haba disingkirkan, bahan pendingin akan bertukar bentuk daripada gas panas kepada cecair panas dalam keadaan tekanan tinggi.
Nama- nama lain bagi bahan pendingin adalah refrigerant, Freon, fron , genetron, isotron, dan neon. Nama- nama ini digunakan berdasarkan Negara- Negara yang menggunakannya.
Bahan pendingin merupakan bahan yang mudah mendidih pada tekanan yang rendah. Oleh sebab itu, bahan ini dicipta supaya ia berfungsi semata- mata untuk menyerap haba. Takat didih bahan pendingin berbeza- beza antara satu jenis dengan jenis yang lain, oleh itu penggunaannya juga berbeza-beza antara satu sistem dengan sistem yang lain sama ada secara komersial ataupun domestik.
SIFAT-SIFAT BAHAN PENDINGIN
Cecair yang digunakan untuk bahan pendingin mestilah mempunyai sifst-sifat seperti yang berikut:
- Tidak beracun
- Tidak meletup
- Tidak berkarat atau menghakis
- Tidak mudah terbakar
- Mudah mengesan sesuatu kebocoran
- Boleh beroperasi pada tekanan yang rendah
- Merupakan gas yang stabil
- Bahagian- bahagian yang dilalui oleh bahan pendingin mestilah mudah dilincirkan.
- Tidak berbau tengik.
- Mempunyai isipadu cecair yang tinggi.
- Mempunyai haba pendam yang tinggi untuk menyerap haba.
- Mempunyai isipadu gas yang rendah untuk mengurangkan sesaran pemampat.
- Perbezaan tekanan tinggi dan rendah mestilah kecil untuk meningggikan keupayaan mampatan.
JENIS-JENIS BAHAN PENDINGIN
Terdapat beribu-ribu jenis bahan pendingin yang dicipta dan digunakan dalam proses penyejukan dan penyamanan udara. Pada kebiasaannya symbol R digunakan bagi menunjukkan jenis bahan pendingin yang terdapat di seluruh dunia. Jenis bahan pendingin dinyatakan dengan nombor disamping simbol tersebut
R 11 Trikloromonofluorometana CCl3F
R 12 Diklorodifluorometana CCl2F2
R 21 Dikloromonofluorometana CHCl2F
R 22 Monoklorodifluorometana CHClF2
R 40 Metilklorida CH3Cl
R 500 Campuran azeotropik
R 12 + R 15a CCl2F2 + CH3CHF2
( 73.8% + 26.2%)
R 502 Campuran azeotropik
R 11 + R 115 CCl2F + CClF2CF3
(48.8% + 51.2%)
R 717 Ammonia NH3
R 718 Air H2O
R 744 Karbon dioksida CO2
R 764 Sulfur dioksida SO2
Terdapat 3 kumpulan bahan pendingin:
a) Kumpulan 1- bahan pendingin paling selamat
Contoh: R 11, R 12, R 22, R 500, R 502, R 718, R 744
b) Kumpulan 2 – bahan pendingin yang beracun atau tengik
Contoh: R 717, R 40, R 764, R 1130 (dikloroetana)
c) Kumpulan 3 – bahan pendingin yang mudah terbakar
Contoh : R 600 (butane – C4H10)
R 290 (propane – C3H3)
Sunday, 30 October 2011
jenis jenis penyaman udara.
- FLOOR STANDING
- ROOF TOP
- WATER HEATER
- MINI CHILLER
- HIGH STATIC DUCTED
- CEILLING EXPOSED
- WALL MOUNTED
- CEILLING CASSETE
- CEILLING COUNCEALED
- WINDOWS UNIT
Subscribe to:
Posts (Atom)